Selamat Berjaya
Md Nurazhar Taher, 19, telah dipilih untuk menjalani kursus ITP; Industrial Training Programme, di Tsusuoka, Negeri Jepun. Bersama 2 pelajar lain yang dipilih; mereka akan mendiami di dalam kampus selama 3 bulan.
Kata pelajar yang mengambil Diploma dalam Teknologi Maklumat itu; "Saya memang ghairah, kerana saya bukan sahaja dapat peluang emas ini; tetapi kerana ini adalah pelayaran saya ke negeri asing."
Seramai 20 anggota SPMLS telah menghantar dia di Terminal 1, Changi Airport kelmarin. Dari pihak Persatuan Bahasa Melayu Politeknik Singapura (SPMLS); kami ingin mengucapkan kepada Md Nurazhar, Selamat Maju Jaya!


0 Comments:
Post a Comment
<< Home