Nurhayat F.O. 2005
Walaupun bilangannya hanya segelintir tapi ia tidak menghiraukan kami sebab kelihatan semua yang hadir cukup gembira.
Kami telah mulakan dengan Ice-Breaker: Blow wind blow (salah satu permainan di Kem Panglima) dan salah satu lagi permainan yang tidak diketahui apa namanya tetapi melihat gelagat Freshie dan senior...cukup mencuitkan hati. Senior mengacau freshies!! Kononlah nak sabo dorang!
Lepas itu, diikuti dengan persembahan 20min Nurhayat (presentation).
Agaknya Freshies pun dah boring dengar presentation kami berkali-kali, jadi kiter pun mengajak mereka bermain Rumah Dayak! Salah satu permainan yang diminati ramai Nurhayatnya alumni tapi cukup menyedihkan mereka belum sampai. Apabila alumni kami sudah tiba, malangnya permainan sudah berakhir!
Permainan seterusnya adalah Pictionary. Para peserta harus meneka peribahasa yang akan dilakonkan oleh ahli kumpulan mereka. Permainannya cukup hangat sampai ada yang memekik jawapannya! hahaha....Presiden MLS, Naib-Presiden MLS pun kena tarik untuk lakonkan peribahasanya...hahaha...
Dalam suasana riang kami tidak lupakan kewajipan kami terhadap Allah s.w.t. Faizul telah mengimamkan solat Zuhur itu. Terima Kasih Faizul!
Dah Sembahyang apa lagi? MAKAN!!!
Hidangan yang lazat telah disediakan oleh juru masak kiter Nurliyana. Oh yer sebelum Nurhayat luper, kami ingin berterima kasih kepada Zulfadly dan Zafirah kerana menolong membawa makanannya ke Cliff dari rumah Nurliyana. Terima Kasih!
Nugget habis! Mee Habis! Samosa habis! Papadum PUN ABIS! *mengeluh*..nasib semua dah makan...
Dah makan apa lagi? Tido!!!
"Ai, kau ingat nie mak bapak kau nya tempat eh?"
Bukan tido tapi permainan yang terakhir. Amazing Melayu. Macam Treasure Hunt. Kami telah menggunakan pantun, yang dikarang oleh Faizul, sebagai pembayang tempat seterusnya. Pantunnya maha pantun ler! Nak dengar serangkap pantun yang dikarang Faizul? kk...
Langit dijunjung titah disanjung,
Di tanah yang gersang insan beradu,
Jika terlambat mungkin tersandung,
Di pondok manakah pasangan bermadu?
woi!!! susah giler! Teka ah tempatnya...
dah?Give up?
hehe...Pizza Hut!
Walaupun pembayang-pembayang bagi setiap tempat cukup mencabarkan namun ia tidak menghalang semangat gotong-royong di antara mereka! Itulah matlamat kami...agar mereka semua dapat berkomunikasi dan tolong antara satu sama lain. Bak peribahasa "berat dipikul, ringan sama dijinjing".
Dengan permainan yang terakhir, tibalah masa untuk persembahan hadiah.
Tempat Kedua dengan 61 markah! Jatuh kepada.....
FATAMOGANA!! Beri tepukan!!
*tepuk*
Tempat Pertama dengan 67 markah!!!! Jatuh kepada..
TAILL!!
Yeah!!yeah!! dapat makanan!...
Sesi ambil gambar seterusnya! Semua yang hadir tidak ketinggalan...
*click*
"Hah! Ini baru best!"
Ramai yang telah menandangani sepanduk Nurhayat, walaupun telah usang tapi masih cantik!!
Apa lagi?! Balik!


3 Comments:
That's a great story. Waiting for more. computer cpu cases dysfunction erectile new treatment Upskirt blond around the room shelves
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! »
What a great site » » »
Post a Comment
<< Home