Memperkenalkan, IT dan Media Officer.
nama saya Hairul. saya baru sahaja dilantik untuk menjadi IT dan Media Officer untuk Nurhayat. Sebenarnya, saya tiada pengalaman dalam bidang ini. Ini lah kali pertama saya berblog.haha. Terima Kasihlah kepada Ahlina yang telah mengajar saya sedikit banyak tentang blog. jadi, minta maaf jika ada yang tersalah. maklum lah, baru belajar katakan.
sebenarnya, tujuan saya menulis blog pada hari ini adalah untuk memperkenalkan diri saya. ini tahun pertama saya belajar di SP dalam bidang Electrik. aktiviti luar darjah (CCA) saya pula flowball dan SPMLS(Nurhayat). mungkin ramai yang tak kenal saya kerna saya jarang ke bilik mls, bukan nye malas, tapi sering habis kelas lewat dan penat. sebab itu saya slalu pulang ke rumah.haha.
Nurhayat. saya telah diberi peluang untuk menjadi salah satu anggota Nurhayat iaitu IT dan Media. seperti saya katakan awal tadi, saya memang tak mahir dalam IT, namun saya ingin belajar kerna saya ingin mencuba sesuatu yang baru. dari itu, dengan bantuan dari kakak2 dan abg2 Nurhayat :), saya akan bekerja keras dan insyaallah akan melaksanakan tugas yang sempurna. tugas saya adalah untuk mengemas kini web Nurhayat, mengumpulkan sajak dan lain2 lagi yang ada hubangan dengan IT.
hingga disini saja, sebenarnya saya skrg berada di dalam kelas dah pelajaran pun sudah tamat. jadi saya minta dari dulu. jika ada masa nanti, insyaallah, barulah saya akan berblog lagi. terima kasih.


1 Comments:
wahseyyy 'blogpost' Hairul yang pertama! Syabas! Mahirah akan doa agar Hairul dapat jalankan tugas ini dengan baik (:
Waduh Melayuku masih hancur nampaknya. Hehehe!
Post a Comment
<< Home