Iftar 2008
Syukur Alhamdulilah.
Iftar 08 di tepi pantai sudah pun berakhir pada 18 Sep lalu.
Ia berjalan dgn lancar dgn mengikut apa yg dirancang dan syukur tiada yg cedera :)
Terutama sekali, saya mewakili Nurhayat ingin berterima kasih kepada semua yg hadir pada hari Iftar itu. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa untuk Iftar 08 kerana tanpa anda semua Iftar ini tak mungkin akan terjadi.
Dan kita juga ingin meminta maaf jika ada salah silap ketika Iftar,
dalam perkara masa - sekiranya harus menunggu kerna mula agak lambat
permainan - jika tidak menarik, atau masa tidak mencukupi
perbualan - jika tersalah kata
mahupun makanan - sekiranya tidak cukup.
Namun, semua yg kita telah lakukan pada hari itu, telah kita lakukan yg terbaik dan adalah ikhlas dari hati. Jika ada yg tersilap kita sedia mendengar dan akan membetulkan nya pada aktiviti Nurhayat yg selanjutnya, insyaallah, kerana setiap insan tak lepas dari kesilapan kan? hehe. Dan kita juga sangat berharap bahwa semua yg hadir pada hari ini semuanya berasa gembira dan masa yg diberikan untuk menghadiri Iftar itu semuanya berbaloi.
Pada pendapat saya, Iftar di tepi pantai 08 adalah sesuatu pengalaman yg baik bagi saya kerana ini lah pertama kali saya ber-iftar. haha. Lagipun saya berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa dgn rakan2 yg lain yg sudah lama tidak berjumpa. Dan secara tak langsung, saya sudah pun semakin rapat dgn rakan2 yg saya tidak terlalu rapat dahulu ketika sdg bermain permainan pada hari itu. Selain dari itu, makanan nya, Fuyoo! best kan. haha. Sebenarnya, saya sendiri tidak sangka ada begitu banyak makanan tapi apa boleh buat, ReZeKi. Takkan tak nak terima kan? haha. Dan tak lupa juga pada Eqa yg susah payah memasakan Mee Hoon Goreng, Terima Kasih banyak2 :)
Dah lar tu, cukup dgn pendapat saya, mcm syiok sendiri pula. haha. Saya berharap semua yg hadir pada hari itu dapat merasa kan pengalaman yg saya rasakan itu dan saya juga percaya bahwa ahli Nurhayat yg lain turut merasa sedemikian. Terima Kasih juga kepada ahli2 Nurhayat semua yg telah menghabiskan tenaga dan meluangkan masa untuk merancang Iftar ini.
Syabas. Kita sudah berjaya :D
Semoga kita bertemu lagi,
nantikan aktiviti kita yg seterusnya,
terutama sekali Darma 08!
dan semoga ibadah puasa yg
telah kita lakukan pada bulan Ramadhan ini
diterima Allah swt. Amin.
Sekian,
Terima Kasih.
gambar-gambar boleh didapati di
http://healmy.multiply.com/photos/album/82/19_September_2008_Nurhayat_Iftar
http://bluegumdrops.multiply.com/photos/album/8/Nurhayat_Iftar_2008#


0 Comments:
Post a Comment
<< Home