Sabarlah Menanti Darma 08
Terutama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yg mengenali saya. Masih bulan Syawal kan? Jadi masih belum terlambat untuk meminta maaf. haha.
Cuti sekolah telah berakhir dan Semester kedua menjelma. Walaupun baru mula Semester baru ini, Nurhayat sudah pun mula sibuk dengan perbincangan untuk activiti-activiti yang akan diadakan pada masa yang akan datang. Salah satu aktiviti yang paling penting yang sedang Nurhayat bincangkan ialah DARMAWISATA 2008!! yang akan diadakan pada cuti Disember nanti.
Nurhayat sudah pun mula berbincang tentang Darma 08 yang akan diadakan di negara jiran kita, Malaysia. Tempat dan waktu Darma 08 telah pun dibincang tetapi, masih belum habis dipastikan. Jika ada maklumat2 terbaru tentang Darma 08, Nurhayat akn meletakkan di dalam blog. Poster Darma pula yang akan mengandungi semua maklumat tentang Darma 08 akan dimuatkan dalam blog tidak lama lagi. Jadi nantikan Poster Darma 08 yar! :)
Hingga kita bertemu lagi,
Assalamualaikum.
PS: Moga semua mendapat markah yang baik buat peperiksaan yg lalu.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home